keyh... disebabkan aku tak tahu nak buat apa.. aku merajinkan diri untuk update ini blog ya....
kali ni aku nak ceritakan tentang benda2 yang aku beli dan tanpa aku sedari duit aku tinggal sikit...
ok layan pitca dulu ye....

ok.. korang nampakkan pensil ni.. ni la pensil aku selalu guna.. dan sekarang kepala pensil tu dah pecah sebenarnya sebab pensil ni asyik jatuh je... hehe... tengok sampai bersolatape ha...
then sebagai persediaan.. aku pun beli la 2 pensil ni... yela mana la tahu masa peperiksaan pensil lama aku buat hal.. sekurang2 nya ada pengganti... susah hidup aku kalau x de pensil tekan ni.. haha.. tau sebab pe?? rasa tak selesa pulak bila menulis guna pensil kayu....

hah.. yang ni pulak aku beli buku rujukan agama... ada ke patut dah nak akhir2 baru la nak beli buku rujukan agama ni... sebenarnya da lama da aku nak beli.. tapi aku suka tangguh2kan waktu pembelian buku ni.. haha... last2 masa ujian minggu lepas ada masuk bab tingkatan 4, aku tak tahu nak baca buku apa.... last2 main ingat2 je.... nasib baik la soalan tak susah sangat...

ok.... ni pulak resit aku pergi main bowling.. ni pun aku nak pergi main tanpa dirancang kerana... pada asalnya aku pergi tuisyen.. bila sampai dalam beberapa minit kemudian akak dekat kaunter kata kelas batal.. kerana cikgu telifon dan memberitahu anaknya masuk hospital dan x dapat datang... kawan aku si siti nadia da balik da.. abang dia yang ambil... kita orang cadang nak pergi OP (1plaza) main bowling... oleh itu aku call parents aku dan bagi tahu mereka bahawa kelas aku dibatalkan.. dan parents aku kedua2 nya tak dapat mengambil aku dek kerana sibuk dengan kerja yang ada....oleh itu aku meminta kebenaran ibuku untuk pergi bersama kawan main bowling di OP....
agak tekejut juga bila ibu aku membenarkan aku pergi..... mana tak nya.. kalau aku tak dapat pergi pun aku kena tunggu dari pukul 3.30 sampai pukul 5 lebih... oleh itu aku pun pergi lah one plaza bersama si nabil sengok... haha...
sampai sahaja di sana aku fikir2 nak main 2 game sahaja tok seorang tapi si nabil ni boleh pulak naikkan jadi 4 game seorang... dah la dengan tak bawak stokin nya.. kena la bayar sekali dengan stokin spasang berharga rm3 n kasut rm2... dah la stokin tu nipis giler... baik aku beli stokin yang lagi cantik dekat kedai lain.. huhuhu... :'(..
selepas selesai kesemua 4 game... si nabil dengan tak puas hatinya dia ajak main 1 game lagi... kerana dalam 4 game tu aku mng 2 kali n selebihnya dia yang mng..... dan bila game tambahan yang kelima tu akhirnya aku yang menang... hooray... :)....
dan dibwah ni lah pitca resit tambahan game yg ke 5.....

agak2 berapa dalam sehari ini aku keluarkan duit?? korang kira la sendiri ye.. oh ye.. harga buku rujukan rm 7.90... harga sebatang pensil tekan pulak 1.80... n harga main boling 1 game tok student harganya rm3.50... termasuk dengan stokin n kasut pulak rm 5... jd pepandai la korang kira ya....
ok.. sampai sini sahaja aku bercerita panjang.... sekarang aku nak kena kumpul duit lagi... kerana aku nak beli something sebagai hadiah hari jadi untuk kawan aku si siti nadia... :)