Saturday, May 26, 2012

Pertemuan setelah 12 tahun berpisah... CHAPTER 2

Dimulakan dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca sambungan cerita dari CHAPTER 1 (klik untuk view)...

Seperti yang telah dimaklumkan bahawa suatu hari nanti aku pasti akan melangkahkan kaki ke alam persekolahan disekolah rendah seperti anda yang sedang membaca ni kan.. hehe.

Pada tahun 2001 aku memulakan persekolahan darjah 1 di SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ. Aku memulakan alam persekolahan seperti biasa. Memori aku mengenai kanak2 lelaki tersebut tak pernah nak teringat di minda aku dan aku tidak terfikir langsung mengenai dia dan tak terfikir langsung untuk mencari dia . 

Sehinggalah pada tahun 2005 ketika aku darjah 5 aku mula teringatkan dia kerana pada suatu hari aku seperti melihat seseorang yang rupanya mirip seperti dia. Tapi disebabkan aku tidak berapa pasti aku melihatnya dari dalam kelas sahaja.. Aku tidak menegurnya kerana takut aku tersalah orang.... dan aku melupakan hasrat aku untuk bertemu dengan dia.. aku rasa aku sudah mengalah untuk bertemu dan mencari dia . Aku serahkan kesemua nya pada takdir.. Jika aku bernasib baik aku akan bertemu dia suatu hari nanti. 

Tahun demi tahun telah berlalu... Pada tahun yang aku tak berapa pasti iaitu pada tahun 2009 iaitu ketika aku tingkatan 3 dan persekolahan ku bermula pada sesi petang dan ketika itu hari JUMAAT . Seperti kebiasaan pada hari jumaat aku dan rakan akan meminta driver bas menurunkan kami di pekan kerana pada setiap hari jumaat persekolahan akan bermula lambat pada sesi petang disebabkan pada hari jumaat adalah hari bagi setiap lelaki ummat islam akan pergi solat jumaat di masjid.

Pada ketika aku dan rakan berjalan di pekan di kawasan berdekatan terdapat satu lokasi dimana ada lakonan sebuah cerita dilakukan di pekan. Kebetulan aku nak seberang ke bangunan hadapan jadi aku kena lalu dihadapan lokasi lakonan. Lagipun ketika itu lakonan sudah habis dilakukan . Aku melihat CREW2 mengangkatan dan menyimpan alatan penggambaran. Ketika itu pelakon yang berada disitu ialah SATHIA ... dan aku juga perhatikan crew2 disitu dan aku terlihat seorang hamba Allah ni dengan sekali imbas dan mukanya mengingatkan aku pada dia . 

Sebelum melintas bagi memastikan gerangannya aku menoleh kembali tapi kelihatan orang tu tak ada. dan aku teruskan perjalanan aku dalam hati aku pasti itu adalah dia iaitu seorang kanak2 yang pernah aku kenali ketika tadika dahulu.. Selepas kejadian itu aku aku mula bersemangat kembali untuk mencari dia. Aku cuba mencari di FACEBOOK tapi aku tak boleh nak jumpa sebab aku lupa nama dia sejak kali terakhir aku bertemu dengan dia ketika tadika. Ketika itu juga aku dah tak tahu bagaimana aku hendak cari dia lagi..

~ wait for the next story in chapter 3 comingsoon ~

Friday, May 25, 2012

Pertemuan setelah 12tahun berpisah... CHAPTER 1

Assalammualaikum aku ucapkan sebagai pembuka bicara.. ^_^ now lets we start the story YEAH!!!!..

Semua ini bermula ketika kami tadika di satu kawasan bertempat yang diberi nama KAMPUNG KUANTAN. Aku bermula ke sekolah tadika awal satu tahun dan ketika itu aku berumur 5 tahun dan pelajar di tadika itu yang lain semuanya 6 tahun iaitu  tahn lebih tua dari aku. Aku x berapa nak bercakap dan suka buat hal sendiri.. ada seorang kanak-kanak lelaki ini pun kurang bergaul dan dia duduk di belakang tempat duduk aku..Aku sendiri dah lupa bagaimana aku dan dia boleh menjadi rapat. 

Setiap kali waktu rehat atau habis persekolahan tadika aku akan bermain buaian yang berada dihadapan tadika.. dan aku akan menunggu ayah aku menjemput aku untuk pulang ke rumah.. rumah aku dekat je dikawasan tu dan kanak2 itu jugalah yang kadang2 temankan aku ketika berada di tadika dan sewaktu belajar.


Pada suatu hari yang agak samar dalam ingatan aku.. Aku tahu dan yakin kami ada berbual dan ketika itu sedang rancak berbual kanak2 lelaki tu keluarkan satu benda bulat sebesar telur burung puyuh iaitu mainan tikam. Didalam benda tu ada sekalung rantai dan dia berikan rantai tu pada aku dan dia suruh aku jaga rantai tu elok2. Tapi kini rantai tu aku tak tahu berada dimana... Dalam ingatan yang samar2 ketika tadika aku juga pernah suruh dia tunggu aku kerana aku nak bagi sesuatu dekat dia.. 

Tiba hari yang dinantikan aku nak berikan apa yang aku janjikan pada dia. Ketika berbaris aku mencari kelibat si dia dan aku sedar dia tidak lagi bersekolah di tempat aku belajar tu. Ketika itu aku baru teringat dan terpikir bahawa dia telah mulakan pembelajaran dia di sekolah rendah bersebelahan dengan sekolah tadika pertiwi (tempat aku belajar). dan aku mula tanamkan niat suatu hari aku juga akan belajar disitu dan aku akan cari dia disekolah itu.... dan aku memulakan persekolahan aku di tadika seperti biasa dan menunggu hari yang aku nantikan.

~ wait for the next chapter comingsoon ~

Monday, May 21, 2012

alhamdulillah.... but still nervous..

assalammualaikum... 
nak story ni pun benda yang dah lama... oryte aku nak story about keputusan UPU yang aku perolehi beberapa minggu yang lepas... course yang aku mohon ni aku perlu menghadiri temuduga... dan pada hari temuduga aku pun adalah gak berkenalan dengan beberapa org sahabat.. dipendekkan cerita hope we will meet again at UiTM alor gajah.. suasana di bilik menunggu untuk ditemuduga amatlah happening... dengan telatah beberapa org yang rancak berbual membuatkan orang2 yang berada dibilik itu ketawa .. banyak perbincangan dan perbualan yang berlaku dibilik itu walaupun ada yang tidak saling kenal mengenali antara satu sama lain... apapun aku tak kesah dengan keriuhan yang membawa kegembiraan dibilik itu.. mana tak nya. nama pun jurusan komunikasi & pengajian media (mass communication) .... temuduga haruslah bercakap dalam bahasa Inggeris... overall masing-masing pun gunakan BROKEN ENGLISH ketika temuduga tidak terkecuali aku... aku ikut pada panel yang bertanya.. if dia tanya aku dalam BI maka aku pun cakap lah BI .. but tak lama kemudian dia tanya aku dengan menggunakan campuran BM & BI .. oleh itu aku pun menjawab pertanyaan dia campur jugak lah.. bila diingat balik situasi ketika temuduga aku terasa nak gelak.. apa yang aku merepek dan story kat panel sampaikan panel pun tergelak mendengar story dari aku about post2 yang aku baca di FB... panel macam tahu-tahu je aku agak kerap lah juga mengadap FB... selesai temuduga aku bertemu ayah dan angah di CAFETERIA ... abang aku tak yakin aku boleh dapat course ni... event dia rasa dulu dia dapat course ni pun macam nasib baik jer.. n now dia kena kerja sebagai GRAFIK DESINGNER dan kerja itu pun kebetulan dia dapat sebab kerja dia yang sekarang tak ada kaitan pun dengan bidang yang dia ambil semasa di Universiti...


dipendekkan cerita selepas beberapa minggu kemudian yang aku tak berapa pasti.. keputusan UPU pun keluar... sebelum aku menekan tetikus untuk SEMAK aku terlebih dahulu membaca BISMILLAH .... Alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana temuduga aku tu membuahkan hasil dah akhirnya aku menerima tawaran tersebut... rujuk di gambar berikut.. >>



Syukur kepada Allah apa yang aku ingin kan akhirnya aku dapat... aku nak masuk FORM6 pun teragak2 kerana aku takut aku x dapat nak bawak apa yang diajar dan apa yang aku akan belajar di FORM6.
beberapa hari kemudian aku survey baberapa laman web untuk mengetahui apa yang aku akan belajar sepanjang aku berada di UiTM nanti... dilihat2... seperti menyoronokkan juga dan ada juga beberapa perkara yang aku memang minat dalam sesi pembelajaran yang aku akan belajar tidak lama lagi... take a look >>




aku akan mula masuk ke tempat pengajian pada 02/06/2012....  beberapa hari lagi selepas dari tarikh post ini...  barang2 aku tak siap lagi packing kerana menunggukan adik aku balik dari SBP TAPAH.. Borang2 aku pun belum siap lagi.. medical checkup pun aku ak buat lagi... dokumen aku rasa aku dah lengkapkan kot... payah nyer lah... huhu... aku pun dah kenal lah jugak beberapa rakan yang akan ditempatkan di sana walaupun bidang yang kita orang ambil  berlainan... semua tu tak kesah lahkan...  hidup ni tak perlulah nak menyombong dan hanya berkawan dengan rakan2 yang sama bidang dgn kita je.. sebagai ummat islam kita perlulah berkenalan antara satu sama lain kerana tiada apa yang membezakan kita sebagai hamba ALLAH...

~~IN THE END OF THE STORY~~

aku tak sabar nak pergi kesana dan berjumpa rakan-rakan baharu walaupun ada juga perasaan gementar dalam diri... ^_^ sampai sini sahaja cerita aku yang karut marut ini... terima kasih kerana sudi membaca ataupun singgah di BELOG yang tak seberapa ini..

~ASSALAMMUALAIKUM~


Saturday, May 19, 2012

buat pertama kali


uhuks... pic atas ni... first tyme aku cuba pakai macam ni... kain pockadot tu beli rini baru jumpa baju agak padan sikit ngun kain uh.. balik2 aku cber try.. n padankan dgn topi dan juga selendang... aku juga perkenakan tali pinggang warna hitam.. dan hasilnya aku perolehi seperti gambar diatas.. uhukz... XD

Wednesday, May 2, 2012

UNTUNG???

assalam.... lama gak tak update blogkan... hehehe... x derp story nak dicerita... tapi bila tgk bola bowling pemberian kawan ni teringat plak kata2 adik yang jeles ngun aku.. ahakz... >_<...
she said.... " ko selalu dapat hadiah dr orangkan?? bear besarlah,bear kecik lah.. then sekarang bola bowling pulak..."
                    then aku pun jawablah... rezeki.. alhamdulillah.... org nak bagi.. kita x mintak.. org bagi kita terima... but bola bowling yang diberi pada tanggal 12.12.2011 yang diberikan.. byk meninggalkan kenangan walaupun org yg memberi itu hanya kawan... dan aku disini mnjadi pneman dan pendengar setia... pemberian bola tersebut pun tnpa dijangka.... coz aku ajak that boy dtg kuala selangor untuk bermain boling disertai rakan2 ku yang lain... tp dia x nak main.. coz dia org asing.. >_< yang aku ajak bermain.. aku pun borak lah takot dia bosan pulak.. aku pun bg buku yang ade dlm beg aku smentara mnunggu aku dan rakan habis main...

then pergi lah karaoke then nak tgk wayang x sempat pulak... itu adalah hari buat pertama kali aku jumpa dia.. dan mungkin jgk akan menjadi perjumpaan yang terakhir... :'( ..... waktu berakhir n msing2 nak balik.. aku tunggu ayah aku ambil... bila aku nak serahkan beg bowling yang boy tu bwk .. dia boleh tetiba kata.. ambillah.. buat kenangan.. lagipun MR. tgk nurull pndai main bowling.. aku pun agak terpinga2.. ngarut apa dia ni.. tiba2 jerk.. dah la baru kenal x smpai 2 minggu.. n baru jumpa 2 kali dah bagi hadiah tok aku plak... then dia kata.. tak pe.. ambil jerk... buat kenangan.. tgk bola tu igt kan MR tau.. MR ada lagi bola kat rmh... lagipun MR dah lama x guna... kalau ada kat nurull.. bila main nurull bolehlah gunakan bola tu..
                   
 then dia boleh main jalan je pergi kt moto.. aku pun folow nak bg dia bola tu balik... tp dia tak nak terima.. orang2 kat cafe dah pandang2 dah.. segan aku.. haha... then dia kata simpan jer... dia terus jer bwk moto balik klang tgglkan aku ngun bola bowling tu... kawan aku pandang aku suruh dorang amek dorang tak nak.. msing2 pergi jerk.. balik membe msg.. bola kat ko ke?? huhu =.=" what the....

         kini... bola itu akan menjadi sejarah... aku mungkin x kan berjumpa dia lg buat selamanya.. kalau dia bernasib baik tdk mninggalkan muka bumi ini.. aku dan dia mungkin akan berjumpa lagi... INSHAALLAH.....

                                  persahabatan dan ikatan seorang sahabat tidak akan terputus.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...