Wednesday, June 1, 2011

cantik atau hodoh?????

orite......
aku da lama tinggalkan blog ni... sekarang aku nak mulakan semula dengan tajuk yang telah aku berikan.....

oklah.... pada pandangan korang la kan... adakah semua manusia didunia ini diciptakan dengan sempurna???? (aku sendiri pun tak tahu la nak jawab apa)... oklah... tentang CANTIK ATAU HODOH..... cuba tengok cermin dan tanya pada diri anda... adakah anda cantik atau hodoh??
yeah... sudah tentunya anda mengatakan diri anda cantik..... mungkin juga anda akan menyatakan diri anda tidak cantik.....
sekarang semua itu tidak penting... yeah.. bagi mereka yg merasakan diri mereka hodoh... anda mungkin akan cuba sedaya upaya untuk mencantikkan diri anda.... adakah anda melakukannya dengan cara yang betul?? maksud disini anda mencantikkan diri anda itu dengan menggunakan cara yang sebagaimana??? adakah anda menggunakan BOTOX.. atau anda menggunakan SUSUK??? dan selebih nya yang akan memudarat diri anda sendiri... adakah itu semua berbaloi dilakukan??? adakah ianya akan berkekalan?? tanyalah diri anda sendiri sebelum melakukannya dengan menggunakan kaedah yang tidak betul..

pada dasarnya semua manusia diciptakan dengan sempurna dan ada kelebihan yang tersendiri..... mungkin ada orang yang pernah menyatakan bahawa anda adalah seorang yang hodoh.... tetapi adakah kesemua manusia didunia ini menyatakan diri anda hodoh?? setiap orang pandangan nya berlainan.... mungkin seseorang itu menyatakan diri anda hodoh tetapi pada pandangan orang lain anda seorang yang cantik....

adakah orang yang dikatakan cantik itu sudah cukup cantik dimata orang lain??? sudah tentunya tidak...mungkin sahaja orang disekeliling anda mengatakan anda cantik.... tetapi jika anda menonjolkan diri anda pada satu dunia adakah kesemua mereka akan mengatakan anda cantik?? sudah tentu ada yang akan mengatakan bahawa anda tidak cantik....

jadi... nasihat kepada anda semua... idak perlulah anda mengutuk seseorang jika dia hodoh.... jika anda mengatakan seseorang itu hodoh adakah anda sudah cukup cantik?? adakah itu perasaan anda sendiri?? semua manusia didunia ini ada kelebihan dan kelemahan tersendiri... jadi janganlah anda mengata sesuatu yang buruk tentang orang lain.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...