Saturday, May 26, 2012

Pertemuan setelah 12 tahun berpisah... CHAPTER 2

Dimulakan dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca sambungan cerita dari CHAPTER 1 (klik untuk view)...

Seperti yang telah dimaklumkan bahawa suatu hari nanti aku pasti akan melangkahkan kaki ke alam persekolahan disekolah rendah seperti anda yang sedang membaca ni kan.. hehe.

Pada tahun 2001 aku memulakan persekolahan darjah 1 di SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ. Aku memulakan alam persekolahan seperti biasa. Memori aku mengenai kanak2 lelaki tersebut tak pernah nak teringat di minda aku dan aku tidak terfikir langsung mengenai dia dan tak terfikir langsung untuk mencari dia . 

Sehinggalah pada tahun 2005 ketika aku darjah 5 aku mula teringatkan dia kerana pada suatu hari aku seperti melihat seseorang yang rupanya mirip seperti dia. Tapi disebabkan aku tidak berapa pasti aku melihatnya dari dalam kelas sahaja.. Aku tidak menegurnya kerana takut aku tersalah orang.... dan aku melupakan hasrat aku untuk bertemu dengan dia.. aku rasa aku sudah mengalah untuk bertemu dan mencari dia . Aku serahkan kesemua nya pada takdir.. Jika aku bernasib baik aku akan bertemu dia suatu hari nanti. 

Tahun demi tahun telah berlalu... Pada tahun yang aku tak berapa pasti iaitu pada tahun 2009 iaitu ketika aku tingkatan 3 dan persekolahan ku bermula pada sesi petang dan ketika itu hari JUMAAT . Seperti kebiasaan pada hari jumaat aku dan rakan akan meminta driver bas menurunkan kami di pekan kerana pada setiap hari jumaat persekolahan akan bermula lambat pada sesi petang disebabkan pada hari jumaat adalah hari bagi setiap lelaki ummat islam akan pergi solat jumaat di masjid.

Pada ketika aku dan rakan berjalan di pekan di kawasan berdekatan terdapat satu lokasi dimana ada lakonan sebuah cerita dilakukan di pekan. Kebetulan aku nak seberang ke bangunan hadapan jadi aku kena lalu dihadapan lokasi lakonan. Lagipun ketika itu lakonan sudah habis dilakukan . Aku melihat CREW2 mengangkatan dan menyimpan alatan penggambaran. Ketika itu pelakon yang berada disitu ialah SATHIA ... dan aku juga perhatikan crew2 disitu dan aku terlihat seorang hamba Allah ni dengan sekali imbas dan mukanya mengingatkan aku pada dia . 

Sebelum melintas bagi memastikan gerangannya aku menoleh kembali tapi kelihatan orang tu tak ada. dan aku teruskan perjalanan aku dalam hati aku pasti itu adalah dia iaitu seorang kanak2 yang pernah aku kenali ketika tadika dahulu.. Selepas kejadian itu aku aku mula bersemangat kembali untuk mencari dia. Aku cuba mencari di FACEBOOK tapi aku tak boleh nak jumpa sebab aku lupa nama dia sejak kali terakhir aku bertemu dengan dia ketika tadika. Ketika itu juga aku dah tak tahu bagaimana aku hendak cari dia lagi..

~ wait for the next story in chapter 3 comingsoon ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...