Monday, May 21, 2012

alhamdulillah.... but still nervous..

assalammualaikum... 
nak story ni pun benda yang dah lama... oryte aku nak story about keputusan UPU yang aku perolehi beberapa minggu yang lepas... course yang aku mohon ni aku perlu menghadiri temuduga... dan pada hari temuduga aku pun adalah gak berkenalan dengan beberapa org sahabat.. dipendekkan cerita hope we will meet again at UiTM alor gajah.. suasana di bilik menunggu untuk ditemuduga amatlah happening... dengan telatah beberapa org yang rancak berbual membuatkan orang2 yang berada dibilik itu ketawa .. banyak perbincangan dan perbualan yang berlaku dibilik itu walaupun ada yang tidak saling kenal mengenali antara satu sama lain... apapun aku tak kesah dengan keriuhan yang membawa kegembiraan dibilik itu.. mana tak nya. nama pun jurusan komunikasi & pengajian media (mass communication) .... temuduga haruslah bercakap dalam bahasa Inggeris... overall masing-masing pun gunakan BROKEN ENGLISH ketika temuduga tidak terkecuali aku... aku ikut pada panel yang bertanya.. if dia tanya aku dalam BI maka aku pun cakap lah BI .. but tak lama kemudian dia tanya aku dengan menggunakan campuran BM & BI .. oleh itu aku pun menjawab pertanyaan dia campur jugak lah.. bila diingat balik situasi ketika temuduga aku terasa nak gelak.. apa yang aku merepek dan story kat panel sampaikan panel pun tergelak mendengar story dari aku about post2 yang aku baca di FB... panel macam tahu-tahu je aku agak kerap lah juga mengadap FB... selesai temuduga aku bertemu ayah dan angah di CAFETERIA ... abang aku tak yakin aku boleh dapat course ni... event dia rasa dulu dia dapat course ni pun macam nasib baik jer.. n now dia kena kerja sebagai GRAFIK DESINGNER dan kerja itu pun kebetulan dia dapat sebab kerja dia yang sekarang tak ada kaitan pun dengan bidang yang dia ambil semasa di Universiti...


dipendekkan cerita selepas beberapa minggu kemudian yang aku tak berapa pasti.. keputusan UPU pun keluar... sebelum aku menekan tetikus untuk SEMAK aku terlebih dahulu membaca BISMILLAH .... Alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana temuduga aku tu membuahkan hasil dah akhirnya aku menerima tawaran tersebut... rujuk di gambar berikut.. >>



Syukur kepada Allah apa yang aku ingin kan akhirnya aku dapat... aku nak masuk FORM6 pun teragak2 kerana aku takut aku x dapat nak bawak apa yang diajar dan apa yang aku akan belajar di FORM6.
beberapa hari kemudian aku survey baberapa laman web untuk mengetahui apa yang aku akan belajar sepanjang aku berada di UiTM nanti... dilihat2... seperti menyoronokkan juga dan ada juga beberapa perkara yang aku memang minat dalam sesi pembelajaran yang aku akan belajar tidak lama lagi... take a look >>




aku akan mula masuk ke tempat pengajian pada 02/06/2012....  beberapa hari lagi selepas dari tarikh post ini...  barang2 aku tak siap lagi packing kerana menunggukan adik aku balik dari SBP TAPAH.. Borang2 aku pun belum siap lagi.. medical checkup pun aku ak buat lagi... dokumen aku rasa aku dah lengkapkan kot... payah nyer lah... huhu... aku pun dah kenal lah jugak beberapa rakan yang akan ditempatkan di sana walaupun bidang yang kita orang ambil  berlainan... semua tu tak kesah lahkan...  hidup ni tak perlulah nak menyombong dan hanya berkawan dengan rakan2 yang sama bidang dgn kita je.. sebagai ummat islam kita perlulah berkenalan antara satu sama lain kerana tiada apa yang membezakan kita sebagai hamba ALLAH...

~~IN THE END OF THE STORY~~

aku tak sabar nak pergi kesana dan berjumpa rakan-rakan baharu walaupun ada juga perasaan gementar dalam diri... ^_^ sampai sini sahaja cerita aku yang karut marut ini... terima kasih kerana sudi membaca ataupun singgah di BELOG yang tak seberapa ini..

~ASSALAMMUALAIKUM~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...