Friday, May 25, 2012

Pertemuan setelah 12tahun berpisah... CHAPTER 1

Assalammualaikum aku ucapkan sebagai pembuka bicara.. ^_^ now lets we start the story YEAH!!!!..

Semua ini bermula ketika kami tadika di satu kawasan bertempat yang diberi nama KAMPUNG KUANTAN. Aku bermula ke sekolah tadika awal satu tahun dan ketika itu aku berumur 5 tahun dan pelajar di tadika itu yang lain semuanya 6 tahun iaitu  tahn lebih tua dari aku. Aku x berapa nak bercakap dan suka buat hal sendiri.. ada seorang kanak-kanak lelaki ini pun kurang bergaul dan dia duduk di belakang tempat duduk aku..Aku sendiri dah lupa bagaimana aku dan dia boleh menjadi rapat. 

Setiap kali waktu rehat atau habis persekolahan tadika aku akan bermain buaian yang berada dihadapan tadika.. dan aku akan menunggu ayah aku menjemput aku untuk pulang ke rumah.. rumah aku dekat je dikawasan tu dan kanak2 itu jugalah yang kadang2 temankan aku ketika berada di tadika dan sewaktu belajar.


Pada suatu hari yang agak samar dalam ingatan aku.. Aku tahu dan yakin kami ada berbual dan ketika itu sedang rancak berbual kanak2 lelaki tu keluarkan satu benda bulat sebesar telur burung puyuh iaitu mainan tikam. Didalam benda tu ada sekalung rantai dan dia berikan rantai tu pada aku dan dia suruh aku jaga rantai tu elok2. Tapi kini rantai tu aku tak tahu berada dimana... Dalam ingatan yang samar2 ketika tadika aku juga pernah suruh dia tunggu aku kerana aku nak bagi sesuatu dekat dia.. 

Tiba hari yang dinantikan aku nak berikan apa yang aku janjikan pada dia. Ketika berbaris aku mencari kelibat si dia dan aku sedar dia tidak lagi bersekolah di tempat aku belajar tu. Ketika itu aku baru teringat dan terpikir bahawa dia telah mulakan pembelajaran dia di sekolah rendah bersebelahan dengan sekolah tadika pertiwi (tempat aku belajar). dan aku mula tanamkan niat suatu hari aku juga akan belajar disitu dan aku akan cari dia disekolah itu.... dan aku memulakan persekolahan aku di tadika seperti biasa dan menunggu hari yang aku nantikan.

~ wait for the next chapter comingsoon ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...